Peranan Pelajar Dalam Mewujudkan Perpaduan

DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM



Nama Pensyarah : En.Zaidi

NAMA AHLI KUMPULAN :-Yogeswary A/p Muniandy(02DAT16F2025)



Selamat Sejahtera.

Bagi melengkapkan tugasan kami pada semester akhir ini, kami diminta untuk membuat blog dan menerangkan tentang tajuk yang diberi dalam subjek Penyiaran dan Komunikasi dalam Islam. Tanpa membuang masa kami akan menerangkan tentang Peranan Pelajar Dalam Mewujudkan Perpaduan Melalui Integrasi Budaya.



Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaumbudaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padusaling menghormati antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.

Manakala budaya pula membawa maksud cara hidup manusia. ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia itu sendiri. oleh demikian, integrasi budaya adalah penyesuian antara unsur kebudayaan yang saling berbeza sehingga mencapai keserasian antara masyarakat atau dengan kata lain suatu usaha/proses menyatukan masyarakat yang berlainan budaya pada suatu negara.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai 3 kaum berbeza, mempunyai perbezaan adat, bahasa dan agama. oleh itu, bagaimana integrasi budaya dapat terjalin dengan kukuh tanpa mengira tiga aspek berikut? sebagai pelajar sama ada di di sekolah mahupun istitusi pengajian tinggi, kita tidak perlu terlepas pandang dari bertemu rakan yang berlainan kaum. oleh itu, peranan pelajar ialah saling berkomunikasi tidak mengira warna kuit ataupun berlainan bahasa. dengan itu, pelajar dapat mengetahui latar belakang kaum berlainan bangsa serta secara semulajadi kita akan menghormati kaum lain apabila kita berada di luar waktu pembelajaran. Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini.
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara pelajar mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan perpaduan pelajar. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai peranan pertama dalam membentuk perpaduan, pelajar haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Selanjutnya, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.  Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.  Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini.  Pelajar perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.  Pelajar perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.  Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.  Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap pelajar, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.



Pelajar bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.  Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara.  Kita tidak mahu generasi mudah hari ini mengabaikan peranan mereka  untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak.  Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global.  Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Comments